this blog belong to NORLYANABTZAMBERI

cinta yang telah mati

btw , ini cerpen pertama yang aku buat hope korang ejoy okay .


Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Arisya Dania masih terkenangkan akan peristiwa yang telah melanda dirinya itu. Ikatan yang pernah dibinanya suatu masa dahulu telah musnah, kerana kecurangan tunangnya bersama kakaknya sendiri. "Sanggup kakak buat Isya macam ni, apa salah Isya ? Apa dosa Isya, kak ? Sampai  sanggup kakak buat Isya begini?" Arisya teringat kembali akan kata-kata yang pernah dilemparkan kepada kakaknya, Alieya Dyana. Hidupnya seakan tidak bermakna lagi apabila lelaki yang disangkakan setia dengannya telah mendustai cinta itu. "Kalau Isya tahu yang kakak seorang perampas seperti ni, Isya tidak akan pernah mengenalkan kakak dengan Fareez! Isya menyesal, kak. Isya menyesal kerana kenalkan kakak dengan Fareez. Selama ni, kakaklah orang yang paling Isya percaya . Isya berkongsi suka duka tentang Fareez dengan kakak. Tapi ternyata kakak juga menyimpan perasaan yang sama di dalam hati." kata-kata itu yang selalu bermain-main di fikiran Arisya setiap kali dia teringat wanita yang durjana yang sanggup merampas tunang adiknya sendiri.
* * * * *
Esok bermulanya episod baru. Arisya mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia agar hatinya tidak terluka, apabila melihat kebahagian orang yang telah melukakan hatinya itu. Dia perlu mengubati lukanya itu sendirian. Sebelum bertolak ke Jourdan, Arisya pergi ke tempat yang telah menemukan cintanya bersama Fareez, dia teringat kembali janji-janji yang pernah diungkapkan oleh Fareez. " I akan jage you sampai bila-bila, I harap you akan buat perkare yang sama pada I."

* * * * *
"Ish!! Kenapa aku mesti ingat perkara itu, sedangkan dah lame berlalu." Bisik hati Arisya. Arisya akui bahawa melupakan insan pertama yang dicintainya, yang dikasihinya, yang dipercyainya bukanlah sesuatu perkara yang mudah baginya. Ia memerlukan tenaga batin yang kuat, jika dirinya tidak setabah ini mungkin dirinya telah berada dihospital. Flight ke Jourdan akan bertolak 3 minit lagi, Arisya mencari tempat duduknya. Sampai saja di tempat duduk Arisya terus duduk tanpa menoleh kiri dan kanannya. "Maaf cik! Awak Arisya Dania kan?" Arisya sekadar mengangguk saja. Hatinya berdetik kehairanan, "siapa pulak perempuan ni?Aku tak pernah nampak pun." Berbagai-bagai persoalan dihatinya. Akhirnya dia memberanikan diri untuk bertanya. "Cik ni siapa? Macam mana cik tahu nama saya?" Wanita itu hanya tersenyum sahaja. "Lantak dialah! Tak nak jawab sudah, aku malas nak ambil tahu." Bisik hati Arisya.

* * * * *

Hari berlalu begitu pantas, kini sudah setahun Arisya berada di Jourdan. Justin Smith seorang lelaki yang berpendirian, baik, sopan santun, dan fasih berbahasa melayu. Justin juga disenangi oleh orang yang mengenali dirinya. Suratan takdir telah menentukan Arisya dan Justin didalam sebuah restoran. "Sorry I did not intentionally."Arisya hanya tersenyumdan berkata "Not only is small matter." Pertemuan pertama kali itulah telah membuatkan mereka menjadi rapat. Tidak pernah pun Arisya terlintas untuk mencintai mana-mana lelaki selepas berpisah dengan tunangnya. Tapi suratan takdir telah menentukan takdirnya untuk dia mencintai Justin. Baginya Justin ada sesuatu keistimewaan yang luar biasa dan mana-mana lelaki tidak pernah ada pada diri mereka, iaitu berminat dengan agama islam walaupun dia bukanlah beragama islam, dan Justin juga telah memeluk agama islam pada masa yang singkat. Justin juga menyimpan perasaan yang sama pada Arisya tetapi masing-masing ego untuk meluahkan rasa. Justin tidak pernah mencintai wanita lain seperti mana dia mencintai Arisya.

* * * * *
Hari begitu pantas, dan kini sudah 3 tahun Arisya berada di Jourdan, dia berniat untuk pulang ke Malaysia kerana hatinya sudah mula menerima hakikat bahawa jodoh bersama Fareez bukanlah miliknya. Dia akui hatinya masih terasa luka yang perit itu, tetapi dia memang tabah menerima cabaran ini.

* * * * *
Flight ke Malaysia akan tiba 10 minit lagi, Justin mencari kelibat Arisya di merata tempat tetapi tidak jumpa. Dia berharap wanita itu tidak bertolak lagi. Akhirnya dengan izin Allah dia telah bertemu dengan Arisya, dia telah meluahkan isi hatinya pada Arisya. "Arisya I love you, are you willing to receive me ?" Kata-kata itu membuatkan Arisya diam seketika. Dia akui dia juga menyintai lelaki itu tetapi berat untuk diluahkannya kerana dia sudah serik untuk bercinta lagi. "Excuse me Justin flight I might have arrived, I have to go." Tanpa menjawab soalan Justin, Arisya terus meninggalkan tempat itu. Arisya berasa bersalah atas perbuatannya terhadap Justin sebentar tadi. Kini Arisya telah sampai ke Malaysia, dia telah dijemput oleh ahli keluarganya. Dia bersalaman seorang demi seorang ahli keluarganya dan akhirnya dia bersalaman dengan kakaknya Alieya Dyana. Orang yang telah merampas kebahagiannya itu. "Erm , mana lelaki yang pernah kakak cintai dulu, sampai sanggup merampas kebahagian adik sendiri?" Kata-katanya itu agak menyindir sedikit. "Kakak mintak maaf Isya kalaulah akak tahu dari dulu lagi perangai Fareez macam ni, akak tidak berkahwin dengannya muka akak habis lebam-lebam dipukul olehnya.Akak rasa menyesal kerana merampas Fareez dari Isya, akak menyesal Isya, akak menyesal.Berulang kali kata-kata itu keluar dari mulut Alieya Dyana.Arisya berasa simpati pada kakaknya itu. "Kejam sungguh Fareez itu, sampai buat kakak aku begini, dia ingat dia tu siapa nak pukul-pukul kakak aku macam ni." Bisik hatinya.

* * * * *
"Hai Arisya sayang! Arisya seakan-akan mengenali suara di talian itu. Ya itu suara Fareez, ya suara lelaki durjana itu membuatkan Arisya tidak boleh melupakan apa yang telah lelaki itu buat pada dirinya, lelaki yang pernah dicintainya suatu masa dahulu, yang pernah dikasihinya dan lelaki inilah yang membuat cintanya telah mati pada semua lelaki. Lelaki ini jugalah yang telah menghancurkan masa depan kakaknya. "Lelaki semuanya sama saja,sewaktu mula-mula berkasih ayat-ayat manis saja yang keluar dari mulutnya." Bisik hati Arisya. "Kau nak apa lagi kat aku, aku dengan kau sudah lama putus. So kau tak payah lah nak panggil aku sayang, aku meluat dengar." Dengan berani Arisya meluahkan kata-kata itu pada Fareez.

* * * * *
justin saya mintak maaf , saya bukan tak nak terima cinta awak tapi hati saya telah mati untuk bercinta dengan mana-mana lelaki. Saya tahu awak seorang yang baik dan saya tak nafikan yang bahawa saya juga menyintai awak. Tapi saya rasa saya tak layak untuk awak. Saya ada penyakit yang tidak boleh diubati , iaitu AIDS . Saya tak suci lagi Justin , saya tak suci lagi !!! Saya pernah terlanjur dengan bekas tunang saya , tetapi dia tidak mahu bertaggungjawab dan akhirnya dia meninggalkan saya dan berkahwin dengan kakak saya . Saya terlalu sayang pada bekas tunang saya itu sehingga sanggup menggadaikan maruah saya padanya . Keluarga saya juga , tidak pernah tahu tentang keterlanjuran saya ini dan saya membuat keputusan untuk tinggalkan Malaysia dan memilih Jourdan tempat untuk saya menetap buat sementara waktu , kerana saya sudah mengandung 4 bulan dan saya tidak mahu perkara ini terbongkar . Saya tidak sangka yang kita akan bertemu disana dan telah menyintai antara satu sama lain . Ada sepasang suami isteri yang telah banyak membantu saya sepanjang saya berada disana . Saya mengambil keputusan untuk memberi anak saya kepada pasangan itu , kerana saya tidak mampu untuk menjaga bayi itu dan saya juga takut jika keluarga saya tahu tentang keterlanjuran saya ini Justin . Adakah awak sanggup menerima diri saya ini . Saya begitu hina Justin , hina sangat !! Saya harap awak tidak akan mennyintai saya lagi . kerana CINTA SAYA TELAH MATI pada lelaki . Terima kasih kerana awak sudi untuk menyintai saya .


                                            ARISYA DANIA ,

* * * * *

Surat inilah yang membuktikan mengapa cintanya telah mati pada lelaki . Akhirnya Arisya telah meninggal dunia kerana penyakit AIDS yang dideritainya selama ini . Semoga Allah memberkati roh keatasnya . AMIN !
try click , sini pulak , sini pun , sini , sini jugak

No comments: